Thursday, April 14, 2011

Perdagangan bebas bukan pilihan yang tepat

Agungkah dasar perdagangan bebas berlabelkan pasaran terbuka tanpa campur tangan daripada kerajaan? Kapitalis yang dikatalis oleh Adam Smith melalui idea-ideanya nyata mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Begitu juga, setelah peristiwa "Great Depression", Keynesian mengemukakan teori yang melibatkan campur tangan kerajaan dalam struktur pasaran, juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Melihat kepada isu ini, dasar perdagangan bebas mempunyai satu prinsip yang jelas iaitu 'free enter and exit'. Mudah untuk masuk dan mudah untuk keluar. Konsep mudah ini bukan didasari oleh faktor keinginan untuk masuk dan keluar oleh seseorang peniaga, sebaliknya adalah didasari kepada faktor 'survival of the fittest' sebagaimana yang menjadi laungan slogan dan idea teori sosial Darwinism.

Liberalisasi walaupun baik dalam erti meningkatkan persaingan, sebaliknya menjadi parah sekiranya persaingan itu hanya didominasi oleh syarikat-syarikat besar. Pasaran terbuka yang benar-benar terbuka tidak akan menjadi terbuka kerana dominasi syarikat besar yang mampu menawarkan harga yang lebih rendah menenggelamkan syarikat-syarikat kecil dan sederhana. 

Perlu difikirkan semula, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan dasar perdagangan bebas. Dari sudut penjanaan ekonomi bersifat pengantarabangsaan, mungkin ini adalah cadangan yang baik. Tetapi, belum tentu cadangan ini adalah baik, kerana dalam ekonomi penuh dengan asumsi-asumsi yang berkecenderungan untuk salah jangka.

Hal ini perlu dilihat melalui kaca mata maqasid syariah. Isu sosial harus dipertimbangkan. Isu kebajikan peniaga-peniaga kecil harus dinilai. 



Mohd Hasbullah Mohamad Faudzi
Kuliyyah Ekonomi dan Pengurusan Sains
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

No comments:

Post a Comment